Assalamualaikum dan salam sejahtera para pengunjung sekalian! Bagaimana hari anda pada hari ini? Bertenaga? Suram? Walau apapun keadaan anda hari ini,semoga ketenangan dan keselamatan anda sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T.
“Alat berfikir? Apakah itu? Untuk apa? Bagaimanakah menggunakan alat berfikir seperti peta minda? Pentingkah penggunaan alat-alat berfikir dalam kehidupan seharian?“ dan banyak lagi persoalan yang bermain di minda anda bukan? Mungkin ada yang melawat blog ini untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap alat-alat berfikir tertentu,dengan harapan post pada hari ini dapat membantu.
Sebelum kita menyelami topik ini lebih dalam,mari kita kembali ke asas pengenalan.
Mangkin bagi kewujudan alat-alat berfikir adalah kerana keinginan meningkatkan kemahiran berfikir dalam diri individu. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kemahiran berfikir,tekan kemahiran berfikir yang telah diwarnakan.
Kemahiran berfikir dapat dikuasai dengan berkesan oleh murid-murid melalui penggunaan alat-alat berfikir yang sesuai sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Antara contoh alat berfikir yang biasanya digunakan adalah :
Seperti yang anda dapat lihat,penggunaan peta buih telah saya gunakan untuk menarik perhatian anda,dan tidak membiarkan anda meninggalkan blog saya dengan begitu pantas. Maka,mohon bersabar dan mari kita ke pengajaran dan pembelajaran yang sebenar ya.
Pada post kali ini,kita akan bersama-sama mengenali Peta Minda dengan lebih mendalam dan saya akan kemukakan kebaikan dan keburukan penggunaan Peta Minda sebagai alat berfikir dalam pembelajaran seharian. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang alat berfikir yang lain,sila klik pada jenis alat berfikir yang anda berminat.
Comments
Post a Comment